24 April 2011

bila kesabaran hilang...

bila kesabaran hilang,
syaitan mula mencucuk...

bila kesabaran hilang,
mulut mula nak mencarut (bukan semua)...

bila kesabaran hilang,
yang lain kena tempiasnya...

tapi,

redakanlah kembali dengan...

mengingati-Nya...
berdoa, berzikir dan kesabaran yang tinggi...

p/s tiada siapa yang sempurna...maaf

21 April 2011

Aku, Dia & Beca

hari ini aku lihat si tua dan beca nya...
masih setia..
setia bersama beca yang di mamah usia seperti diri nya
dan setia menanti pelanggan yang mungkin tidak akan kunjung tiba pada hari ini...

dari raut wajah dan susuk tubuhnya,
aku tau, dia seharusnya duduk di rumah dan beradu
tetapi,
mungkin bukan si tua yang kulihat hari ini..

sebelum dia berlalu pergi,
dia masih setia di tempatnya,
cuma kali ini,
dia mengubah kedudukan becanya
barangkali ingin mendapatkan tempat yang strategik,
agar ada insan yang memerlukan khidmatnya...

tak lama selepas penantian di bawah matahari yang mula menjejak ke atas kepala
ku lihat ia berlalu pergi
ke destinasi yang tidak kuketahui
tapi aku tahu
dia sedar,
rezeki ada di mana-mana
walaupun,
sukar untuk mencari insan yang memerlukan perkhidmatan beca...


p/s Jangan di biar perasaan sayang menjadi benci kelak datang perasaan cinta...

14 April 2011

cashier, kaunter dan customer...

walaupun baru 6 hari bukak kaunter
tapi, dah jumpa macam2 jenis orang
dan,
memang ya,
baik di balas baik dan jahat di balas jahat
walaupun ia jadi sebalik nya...

lebih kurang macam ni la ye:
lau kita senyum kat customer, dorg pn akn snyum kt kita balik
lau kita cakap elok2 dengan customer, dorg pn akan ckp elok2 dgn kita
tapi,
lau kita dah cakap elok2 n siap senyum lagi, tapi customer y bert mult nk buat macam tu,
apa patut kita buat?
sabar je la
n then,
sebelum tido,
kita lupakan semua tu ya....

sungguhpun begitu (cewahh) ada jugak kadang2 customer yang tak berapa faham dengan tugas cashier ni,
ye la, ktorg ni ad procedure ble ad customer nk tkar hrga @ cncel brang..
n ktorg xblh wt sndri smua tu...
so, knala tngu, insan y brtnggjwb,...
tp, biasa la, ble kte xcbe meletkn dri kte ke tmpat org lain,
mmg sush (ckit)...

p/s bukan senang nak senang,
tapi,
bukan susah nak susah
(pesanan dari emak tercinta)

12 April 2011

Cuba berada di kasut yang berlainan...

kasut yang berlainan
akan memberikan kesan yang berlainan kepada kaki
begitu juga dengan diri sendiri
apabila meletakan diri @ merasai perasan insan yang menghadapi kesulitan
jika, itu gagal, cuba bayangkan sekiranya kita di tempat mereka
apakah, bagaimanakah, macam manakah,
yang akan kita lakukan

kita tak sempurna
kesilapan, kekhilafan,,,
penah kita lakukan
jadi,
cubalah selidiki apa yang berlaku sebenarnya
@ tanya lah kedua2 belah pihak
walaupun kita sekadar natural (tidak memihak kepada sesiapa)
tapi,
janganlah di cerita kepada yang lain
melainkan keadaan memaksa
kerana kebenaran yang kita perlukan
bukan kesulitan @ perselisihan yang diinginkan

p/s apa yang aku duk merapik ni?? -_-
haish, kena ambik sastera bahasa melayu balik ni....
salam tersurat dan tersirat dari kuuntukmu sayang ^_6

11 April 2011

Seminggu...

Hari ini 11 April 2011
genap seminggu aku dah kerja (part time)
dan dalam tempoh tu macam-macam jenis orang aku dah jumpa -_-'
(macam tak percaya pun ada)
banyak benda jugaklah aku belajar
yang paling penting,
hari ke-5 aku dah bukak kaunter (keja cashier)

antara kes yang aku jumpa:-
1. customer pelanggan yang xtau nak cakap bhsa kebngsaan (org tua, biasa la)
2. ruangan gosip (tempat keja, faham2 je la)
3. penjimat $$$ (hari2 balik rumah : p )

dan;

konklusinya :)
1. nasib baik den faham la jugak bhsa asing ni..:p
2. angp je xpenh dgr +_+ (blh x)
3. tp leps tu bzir gk (shopping : D )

yang paling penting; 
dari dulu berazam nak update hari2 tentang keja (sebab memang best bak diari) tp...
angan-angan je la... *_*

sebaliknya -)
tak salahkan lau pasang impian hari2... : X