21 April 2011

Aku, Dia & Beca

hari ini aku lihat si tua dan beca nya...
masih setia..
setia bersama beca yang di mamah usia seperti diri nya
dan setia menanti pelanggan yang mungkin tidak akan kunjung tiba pada hari ini...

dari raut wajah dan susuk tubuhnya,
aku tau, dia seharusnya duduk di rumah dan beradu
tetapi,
mungkin bukan si tua yang kulihat hari ini..

sebelum dia berlalu pergi,
dia masih setia di tempatnya,
cuma kali ini,
dia mengubah kedudukan becanya
barangkali ingin mendapatkan tempat yang strategik,
agar ada insan yang memerlukan khidmatnya...

tak lama selepas penantian di bawah matahari yang mula menjejak ke atas kepala
ku lihat ia berlalu pergi
ke destinasi yang tidak kuketahui
tapi aku tahu
dia sedar,
rezeki ada di mana-mana
walaupun,
sukar untuk mencari insan yang memerlukan perkhidmatan beca...


p/s Jangan di biar perasaan sayang menjadi benci kelak datang perasaan cinta...

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment, I appreciate it...